Isnin, 12 Januari 2015

Ulat Tiket (Penipu) di Pudu Raya.

Ulat tiket menipu di Pudu Raya,Kuala Lumpur. Ulat tiket bas menipu di Pudu Raya,Kuala Lumpur.

Kisahnya.......

Ketika sampai di Stesen Bas Pudu Raya aku ditegur oleh seorang brader "Bang nak pi mana?" lalu aku menjawab "Pi Kedah",setelah menjawab aku buat tak tahu tetapi brader tersebut tetap ikut aku dan ketika sampai berhampiran pintu masuk ke kaunter-kaunter yang menjual tiket brader tersebut tunjukkan aku sebuah kaunter tiket yang bernama KMK Ekspres. Aku katakan yang aku mahu bas Sri Maju tetapi katanya semua jenis bas dan lokasi boleh dibeli di KMK Ekspres dan seorang minah pula 'takeover' di kaunter KMK Ekspres. Minah tersebut pula menguruskan tiket bas.

Ketika minah tersebut memberikan resit ataupun "tiket palsu" kepada aku,minah tu cuba contac seorang lelaki india melalui walkietalkie.

(Bahagian depan tiket)

(Bahagian belakang tiket)

Gambar diambil ketika menunggu bas.

Setelah sekian lama menunggu di plat form 12 maka 9.15 malam aku dipanggil minah tersebut dan meminta resit atau pun "tiket palsu" yang telah dia berikan ketika di kaunter KMK Ekspres tadi dan minah tersebut berikan pula tiket yang telah digunakan kepada aku.



Ketika mahu menaiki bas Sri Maju, seorang lelaki india yang menjaga bas meminta tiket kepada aku,aku hulurkan kepingan tiket terpakai tersebut lalu ia katakan kepada aku 'ini bukan bas platform ni,ni bas lain,tiket ni tak boleh guna' lalu aku katakan 'saya beli kat kaunter KMK,minah tu cakap boleh'.

Lelaki india tersebut menghubungi minah tersebut melalui walkietalkie dengan bercakap 'KMK sila masuk,ni ada orang naik bas Sri Maju ni',lalu kedengaran ada jawapan balas dari minah tu 'Abang tu beli tiket ngan aku,bagi dia naik,tadi aku ade try call meseg tapi kau tak jawab',lelaki india ni jawab 'Ok.ok.. tadi aku off hp,caj bateri hp'.

Ada penumpang beritahu aku bahawa jika tanpa tiket sah dan diberikan naik,jika berlaku kemalangan maka insuran tak cover.Aku minta driver bas yang berbangsa melayu tunggu jap sebab setahu aku bas tu ada banyak kosong tempat duduk dan sempat kalau aku beli tiket kat kaunter Sri Maju terus. Datang seorang penumpang dan beritahu aku yang dia ada tiket lebih,sebabnya ada kawan mereka yang tidak mengikuti mereka dan mereka pula telah beli tiket awal (nak batal memang xdapatlah),so penumpang tu beri tiket tu kat aku.

Lelaki india yang macam nak bincang dengan aku,aku terus mencelah yang aku dah ada tiket sebab ada orang bagi dan aku terus duduk dalam bas.

Tertiba aku perasan brader yang duduk dekat ngan aku pun kena tipu cara yang sama tapi dibiarkan naik oleh lelaki india tu.

Mungkin ini kerja komplot ulat tiket(KMK Ekspress) dengan wakil syarikat bas (lelaki india),yelah... depa dekat syarikat cakap ada 5 kerusi kosong pada sekali jalan tapi berpakat dengan ulat tiket masukkan 5 kerusi tanpa tiket sah.Kalau sekali jalan 5 kerusi (Tiket caj RM50,5 kerusi jadi RM250),sehari kalau 4 bas dah jadi RM1000.

Pengajaran buat aku...

Selama aku naik bas,bas pilihan aku adalah Sri Maju dan selamani aku beli tiket kat kaunter Sri Maju,tapi malamtu aku tertipu dengan kaunter 'asal ada' sebabnya aku nampak ada kaunter dan sebaris setingkat pula dengan kaunter tiket bas yang mungkin nampak macam sebagai sah.

Lantaklah yang tegur dan tanya tu melayu ke india ke cina ke,jika mahu membeli tiket kena terus ke kaunter tiket Sri Maju atau Pancaran Matahari atau kaunter tiket atas jenama atau nama bas,bukannya syarikat agen.

Selepasni aku kalau nak beli tiket kena terus ke kaunter Sri Maju atau Pancaran Matahari,jangan ke kaunter lain walaupun kaunter KMK Ekspres tu sebaris dan setingkat dengan kaunter tiket yang sah.Entah macamna ulat kulat boleh buka kaunter penipu di tingkat dan baris yang sama dengan kaunter yang sah,penggunapun boleh tertipu kerana nampak adanya kaunter,KONONNYA TIKET SAH.

Buat pembaca blog ni,jika mahu membeli tiket secara offline sila beli di kaunter tiket yang bernama syarikat bas pilihan korang secara terus contohnya korang nak naik bas Sri Maju maka beli di kaunter Sri Maju,kalau nak naik bas KKKL maka beli kat kaunter KKKL,jangan percaya pada kaunter yang 'asal ada' dan kononnya agen tiket.